Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan kedua2 makhluk ini sememangnya benar kerana ianya telah dinyatakan didalam al-Quran
dan timbulnya makhluk ini adalah salah satu tanda besar hari kiamat yang wajib diimani.

Ia bukanlah sejenis haiwan tetapi manusia yg berasal dari keturunan Nabi Adam a.s. Menurut hadis, bangsa dan keturunan Yakjuj dan Makjuj adalah daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh a.s. Perkembangan bangsa Yakjuj dan Makjuj terbantut setelah Iskandar Zulkarnain membina tembok antara dua puncak gunung.

Berdasarkan tafsiran surah al-Khafi ayat-90; Zulkarnain sampai di "tempat terbit matahari" iaitu di timur dunia. Ini menyebabkan ulama' cenderung mengatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj dikurung di Asia Tengah. Ada juga pendapat mengatakan kemungkinan bangsa ini berasal daripada bangsa Tartar dan Mongol. Lokasi tahanan mereka pula terletak di kawasan pergunungan luar Caucasus yang terletak diantara laut hitam (black sea) dan laut kaspian (caspian sea).

Kebanyakan ulama' berpendapat kaun ini akan terus wujud sehingga hari kiamat apabila Allah s.w.t mengizinkan runtuhnya tembok yang dibina Iskandar Zulkarnain. Kaum ini wujud tetapi dipisahkan dengan tembok yg dibina Zulkarnain.

Sejarah tentang pembinaan tembok yg memisahkan Yakjuj dan Makjuj dgn manusia biasa telah dikisahkan didalam al-Quran; surah al-Khafi ayat 95-98.

firman-Nya:

"Kemudian dia (Zulqarnain) menempuh jalan (yang lain) hingga tatkala dia telah sampai ke tempat yang disinari matahari, dia dapati matahari itu menyinari segolongan umat yang kami tidak menjadi bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (golongan manusia yang sangat miskin). Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.

Kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain lagi) hingga tatkala dia telah sampai di antara dua buah gunung maka dia dapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

Mereka berkata: Hai Zulqarnain! Sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini, maka dapatkah kami memberi sesuatu pemberian kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dengan mereka.
Zulqarnain berkata: "Apa yang telah dikuasai oleh Tuhanku padaku terhadapnya adalah lebih baik. Maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dengan mereka. Berilah kepadaku potongan potongan besi hingga tatkala besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu.
Berkatalah Zulqarnain: Tiuplah (api) itu hingga apabila besi itu sudah menjadi merah seperti api, maka dia berkata pula: Berilah kepadaku tembaga (yang mendinding) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh pula melubanginya.
“Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, tetapi apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar. " (Al‑Kahf 18: 92-98)

Manakala didalam surah Al-Anbiyaa' dikisahkan tentang kebangkitan Yakjuj dan Makjuj

firman-Nya:

"Sampai waktu dibukakan (tembok sekatan) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat tempat yang tinggi.. Dan (di waktu itu) telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari Berbangkit) maka tiba tiba berbelalaklah mata mata orang orang kafir (serta berteriak): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang orang yang zalim." (Al Anbiyaa’: 96-97)

Yakjuj dan Makjuj dikatakan akan muncul selepas kematian Dajal yg dibunuh Nabi Isa a.s. kekuatan mereka yang luar biasa itu akan mendatangkan kerosakan besar kepada bumi. Nabi Isa a.s kemudiannya memerintahkan manusia yg masih beriman untuk berlindung di kawasan pergunungan. Baginda kemudiannya berdoa kepada Allah s.w.t dan Allah s.w.t kemudian memusnahkan mereka dengan menurunkan ulat-ulat yang menjangkiti belakang badan Yakjuj dan Makjuj sehingga mati. Mayat2 golongan tersebut pula akan di angkat oleh seekor burung besar yg di utuskan oleh Allah s.w.t.

Ciri-ciri kaum ini tidak diterangkan nas. Tetapi ada sebilangan ulama' yang berpendapat ciri2 Yakjuj dan Makjuj adalah bermuka bulat, kulit kekuningan seperti kebanyakan warna kulit penduduk asia.

Antara hadis sahih yang menyentuh hal Ya'juj dan Ma'juj adalah seperti berikut:

"Daripada Zainab binti Jahsy r.a.ha bahawa Rasulullah s. a. w. telah masuk menemuinya pada suatu hari dalam keadaan terkejut, Baginda berkata: "celakalah bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang telah hampir, telah tembus hari ini sedikit dari dinding/pagan sekatan Ya’juj dan Ma’juj (yang dibina oleh Zulqarnain) seperti ini” Baginda membuat bulatan dengan dua jarinya: iaitu ibu jari dengan telunjuknya. Berkata Zainab bin Jahsy: “ Ya Rasulallah, apakah akan dibinasa kami sedang kami berada dalam kalangan orang orang yang saleh?” Jawab Baginda: “Ya; apabila banyak kejahatan" (Bukhari dan Muslim).

Comments

One response to “Yakjuj dan Makjuj”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

bgs la..ape kate ko wat tuk rate cite2 ko....
mgkn dr situ ko dpt tau nk wat cite pe..okes..

Post a Comment

 
myLittleLibrary. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger